Baru-baru ini berlaku umpama jejak kasih di Facebook! Hehe seronok. Terjumpa dengan beberapa teman sekelas masa darjah tiga kat SKPCT! Waa lama gila tu but unfortunately dah x brapa ingat wajah mereka, nama je ingat! Dan yang paling ingat adalah sorang ni, saingan terhebat masa darjah 3 tuh, yg ni mesti la kena ingat, nasib baik dia ingat aku jugak. N yang mcm tak bestnya, dia dh fly pooooonnnn!! T_T Hehe dengki gila aku ni. Tak tak bukan dengki tapi mcm... Mcm.... Mcm terfikir ala mana aci dia tak lompat kelas tapi die da fly dulu.. =)) Teruk2. Tapiiii itulah rezeki dia. Ain't about how fast I get there, ain't about what's waiting on the other side.. Lalala~ Sila insaf semua, terutama diri sendiri, usah dicompare rezekimu dengan yg lain.. Allah ada cakap dlm Al-Quran, betapa banyak nikmat yg Dia bg, tapi sedikit sekali di kalangan kita yg bersyukur.. Hmm surah apa sudah lupa, sila rujuk balik!
Ok tu kisah pertama. Kisah long-lost friend. Eh tapi belum habis la, berikutan kisah tersebut, adala sorang hamba Allah nih, juga sahabat masa darjah 3. Tapi seriously lupa la yang mana. Sorry kawan!! Betul lupa. Pelik jugak, aku ni macam mudah ingat org la tp yg ni memang mcm x ingat, mungkin sebab jarang bercakap ataupun mungkin sebab she's not the girl who sings westlife songs everytime people ask her to.. Ehhh katne budak tu skarang eh :D Ok berbalik kepada yang tadi, katanya, she knows me, awww so sweet n terharu. Dan die bukan knal sebab aku budak nakal ataupun pengawas ye, tapi sebab lain mungkin :') Walau bagaimanapun katanya die adalah classmate M ((lelaki yang sering digosipkan dengan aku dulu. Eh gatal la kawan2 aku dulu kecik2 dh pandai nk matchmake org hehe)) which means, classmate aku jugak la sebab aku pn classmate M. Ah tapi still x ingt die yg mana. Ok bukan tu sahaja, setelah itu beliau telah mengetag aku di Facebook dalam gambar tadikanya! YEA ITU AKU! Hehe lucu bukan? Ok mungkin x lucu, mungkin aneh je. Atau... argh decide sendiri perkataan yg bersesuaian. Meaning to say,both of us-me and that girl ((namanya dirahsiakan buat seketika))went to the same kindergarten! Tadika Yayasan Islam Padang Hiliran. Siap buat fashion show sama-sama masa Hari Graduasi ((Eh dulu panggil macam ni ke? Lupa)) Waaaa sungguh comel perkara tersebut!
Berikutan itu juga aku telah bertindak menyelongkar gambar-gambar lama sebab nk prove aku pun ada jugak gambar tu. Dan telah jumpa! Selebihnya nk tunjuk gambar ;)

Ok masa ni masa pergi lawatan darjah 6 dekat KL lepas UPSR. Sangat excited sebab first time dapat pegi lawatan sekolah. Sungguh kanak-kanak semuanya rasa macam nak balik ke zaman itu dan baiki sikit tudung tu supaya tak senget sangat :')
Berdiri dari kiri Fatin Aima, dia memang x cukup tidur masa tu sebab semalaman siapkan homework Maths x sempat tido, ok terpulang nak percaya atau tak. Hehe. Lepas tu Siha,saudara kesayangan. Lepas tu Amiera sahabat kesayangan, lepas tu Siti Noor Balqis - lama gila x jumpa die ni rindu sangat! Lepas tu yang baju oren tak ingat sape nama dia, mungkin kitorang jumpa dia kat Sogo pastu dia nak masuk gambar skali :') Lepas tu Syarifah Khalidah, kecikkk comel sangat!
Baiklah yg duduk pulak dari kiri baju belang-belang tu cikgu. Sir Raja Aswadi nama dia. Sir ni hot lah dulu sebab antara cg muda yang ________ ((fill in the blank)), lepas tu Naqiuddin Cengal 8 =)) lepas tu Rafsanjani dekat facebook nama dia Raksan Ketom pegi lah add hehehe, lepas tu Anuar - kesian mulut x nampak - haaaa yg ni jumpa dia masa raya hari tu! Ok dia lain dh sekarang! Tepi die pulak errr.. Hakimi.. Sangat ingat dia sebab dia mangsa buli semua orang kecuali aku hehehe.. Ok yg kat depan tu nama dia Fikri, sepupu yg membesar bersama eceh.. Tapi dlm gmbr ni kenapa dia.. OK STOP JANGAN CAKAP NANTI DIA MARAH, then najib hamat yg menitiskan air mata dalam bas sewaktu kitorang tengok last episode autumn in my heart hehe!!
((Korang tak rasa ke atas ni antara caption terpanjang korang penah baca? Hihi))

Ok dah penat nk caption panjang2. All I want to say is muka kanak-kanak gila!

Gambar ni pulak membawa suatu memori terhadap peristiwa yang tak mungkin aku, Nasiha Sakina dan Hasna Kamilah lupakan. Mungkin Nurul Amiera sekali. Biarlah rahsia, tanak malukan diri dekat blog sendiri >.>

Gambar ini diambil sekitar Putrajaya.

Inilah kawan-kawanku! Korang, jom reunion jom jom. Sangat rindu :')

Errrr, ok tolong jangan gelak tengok gambar ni. Sharifah Norsyazwani diharap tengok gmbr ni tanpa gelak sakan :|

Baiklah gmbr ni diambil sewaktu Majlis Graduasi Enam Tahun. Masa nasyid.. Nampaknya bakat terserlah since kindergarten lg, ok prasan ;P Sila cari Nadirah! Hehe senang je nak cari yg baju hijau tu la aku.. Nk glamour2 je eh dari org lain, oh tidak2, tapi cikgu yg suruh pakai baju hijau tu walaupun bukan solo pun, yg lelaki tu je solo.. Betul, x tipu. Ingat lagi. Tapi dah x ingt siapa yg sebelah tu, seriously dh lupaaaaa sume kawan lelaki masa tadika T_T Moga ingatan dikembalikan!
Baiklah kita akhiri sesi melihat gambar ini dengan gambar aku sewaktu kecil dahulu. Jeng je jengggg!

Comel kan???
Ok entry ini mungkin agak panjang, sejak bila Noor Nadirah suka entry panjang2 ni pun tak tahu. Tapi semalam, officially, aku telah membuat suatu keputusan dalam hidup aku. Keputusan yg aku kira, antara yg terpenting buat aku. Yg mana akan membawa ke arah perlakuan aku selepas ini. ((Ok ayat2 ni sume macam skema :D))
Setelah mengambil buruk baik pro kontra sume, aku rasa aku memang patut amik keputusan ni. Tade vague2 dahhhh =) Hakikat kehidupan, kita selalu lari dari kenyataan yang akhirnya perkara tersebut menjerat diri-sendiri.
Hmmmm seorang sahabat tanya, "Kenapa blog Dd sekarang macam blog bisnes?" Kurang mengerti tentang itu tapi mungkin dia bercakap mengenai keskemaan yg berlaku di sini. Hehe jawapan untuk sahabat tersayang, sebab ikut mood.. Hahaha entahla cara tulis boleh berubah-ubah..
Sejujurnya aku masih berfikir tentang kebenaran, sampai hari ini, saat ini, mencari kesimpulan.. Kesal.. Kisah yang sebenar, hanya DIA dan dia yang tahu.. Kerana aku hanya tahu yang samar-samar. Malah aku mungkin tahu cerita bohong sahaja..
Biarlah dan biarlah. Andai aku dipersalahkan aku pasrah, andai aku diketawakan aku terima, andai aku dianggap tidak matang aku redha.
Akan aku cuba bersangka baik. Ya.
Terima kasih kepada orang tertentu yg mengajar aku pelbagai elemen dalam hidup. Aku terhutang budi, biarlah walau sedikit.
Jadi saya dh buat satu keputusan, anda pula bagaimana?







